Berkenan hantar titah perutusan tahniah








BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Naruhito, Emperor Jepun dan Perdana Menteri Jepun, Puan Yang Terutama Sanae Takaichi serta kerajaan dan rakyat Jepun sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang Ke-66 bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Naruhito, Emperor Jepun.​

Close